My Add

Saturday 22 December 2012

Industri keluli sumbang 6.5% KDNK

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Bluescope Steel Malaysia, menjangka industri keluli pada 2013 disokong oleh permintaan domestik, dengan jangkaan sektor pembinaan berkembang 11.2 peratus seperti diumumkan di dalam belanjawan baru-baru ini.

BlueScope Steel Malaysia, yang terdiri daripada BlueScope Steel Sdn. Bhd., BlueScope Lysaght Malaysia Sdn. Bhd., BlueScope Lysaght (Sabah) Sdn. Bhd. dan BlueScope (Sarawak) Sdn. Bhd., yang merupakan sebahagian daripada BlueScope Steel Ltd., Australia.

Dalam satu kenyataan, Presiden Bluescope Steel Malaysia, Singapura dan Brunei, Somkiat Pintatham menyatakan, Program Transformasi Ekonomi (ETP) memacu Malaysia ke arah negara maju sepenuhnya menjelang 2020, yang mengunjurkan bahawa industri keluli akan menjadi kritikal dengan menyumbang kira-kira 6.5 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan 225,000 tenaga kerja. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment