My Add

Friday 21 December 2012

Inflasi dijangka meningkat sedikit tahun depan

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 Disember, 201: Kadar inflasi di Malaysia dijangka meningkat sedikit kepada 2.00 hingga 2.5 peratus pada tahun hadapan didorong oleh unjuran pertumbuhan ekonomi yang semakin baik, pelaksanaan gaji minimum serta ramalan bahawa subsidi minyak, elektrik dan gas asli akan dikurangkan.

Disebabkan itu, dua firma penyelidikan, Hong Leong Investment Bank Bhd. (HLIB) dan MIDF Research di dalam nota masing-masing berpendapat, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada separuh pertama 2013 bagi mengekang tekanan inflasi.

"Kami menjangkakan kadar inflasi pada tahun depan adalah 2.5 peratus berbanding 1.7 peratus tahun ini dan ia akan berkekalan sepanjang separuh pertama tahun depan manakala OPR pula akan kekal, sama seperti Keperluan Rizab Berkanun (SRR). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment