My Add

Monday 3 December 2012

'Ingatan dituju kepada pemimpin parti'

Oleh HASHNAN ABDULLAH
PUTRAJAYA, AHAD, 02 Disember, 2012:Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) menyifatkan ucapan penggulungan Presiden UMNO semalam berhubung soal ketaatan kepada parti bukan dituju kepada ahli dan pemimpin parti di peringkat akar umbi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, penekanan tersebut dituju khusus kepada sesetengah pemimpin UMNO terutama wakil rakyat yang ada pada hari ini.

''Beliau tahu kesetiaan ahli dan pemimpin akar umbi tidak diragui sama sekali tetapi saya rasa beliau bimbang dengan setengah pemimpin UMNO terutamanya wakil rakyat yang ada ketika ini.

''Sebab itu beliau meluahkan soalan cepumas itu dan sebagai wakil rakyat, kita perlu secara ikhlas serta terbuka mengumumkan jawapan kita sendiri supaya beliau mudah buat pemilihan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment