My Add

Wednesday 5 December 2012

Inspektor disiasat cabul isteri orang

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
 SEREMBAN, SELASA,04 Disember, 2012: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang kerani wanita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan pada minggu lalu.

Pegawai berusia 40-an itu didakwa mencabul mangsa yang berusia 34 tahun di dalam lif di bangunan IPK Negeri Sembilan pada pukul 12 tengah hari, 29 November lalu.

Sumber berkata, ketika kejadian pegawai polis berkenaan bersama mangsa berada di dalam lif sebelum lelaki terbabit secara tiba-tiba mencabul wanita berkenaan.

Kata sumber itu, mangsa yang bertugas sebagai kerani pentadbiran di IPK kemudian memberitahu kejadian tersebut kepada suaminya sebelum pasangan itu membuat laporan polis.

Difahamkan, mangsa terbabit juga mendakwa pegawai polis berkenaan yang sudah berkahwin sudah beberapa kali membuat gangguan seksual ke atasnya sebelum ini.

Wanita itu turut mendakwa pegawai polis yang bertugas di bahagian narkotik pernah beberapa kali menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah selain pernah meraba punggung mangsa.

Kejadian terbaharu itu menyebabkan wanita terbabit hilang sabar menyebabkan mangsa mengadu kepada suaminya sebelum membuat laporan polis.

Sumber itu memberitahu, pegawai polis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat. - Kosmo

No comments:

Post a Comment