My Add

Sunday 16 December 2012

IPTS perlu bayar yuran perlindungan penuntut

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 Disember, 2012: Bermula tahun depan, universiti swasta, kolej universiti dan kampus cawangan universiti luar negara perlu membayar RM100,000 manakala kolej swasta RM10,000 sebagai yuran perlindungan penuntut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, yuran itu adalah jaminan perlindungan penuntut sekiranya institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) berhadapan risiko ditutup dan menjejaskan penuntut menamatkan pengajian mereka.

"Oleh itu, penuntut-penuntut ini memerlukan satu bentuk perlindungan terhadap keadaan itu. Kami memutuskan untuk mengumpul sejumlah wang sebagai yuran perlindungan dari IPTS dalam bentuk bon jaminan, insurans dan deposit,” katanya ketika melancarkan Pameran Pendidikan Star 2012 di sini hari ini.

Beliau berkata, IPTS diharap dapat membayar jumlah yang ditetapkan untuk memastikan penuntut terlibat akan mendapat bayaran balik jika institusi berkenaan ditutup secara tiba-tiba bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian di tempat lain sekaligus melindungi penuntut daripada isntitusi yang tidak bertanggungjawab.

"Semua institusi pengajian tinggi swasta perlu membayar yuran perlindungan setiap lima tahun, setiap kali mereka mahu memperbaharui lesen. Maklumat terperinci mengenai pelaksanaan itu akan diumum kemudian,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, tahun ini, sebanyak 33 IPTS dalam pertimbangan untuk ditutup atas pelbagai sebab. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment