My Add

Thursday 6 December 2012

IRM hantar bantuan, sokongan moral ke Gaza

  *ANGGOTA rombongan pasukan sukarelawan Islamic Relief Malaysia (IRM) serta artis yang terdiri daripada Farahdiba, Zoey, Heliza Helmi, Maulana AF dan Salima AF untuk misi bantuan kemanusiaan sebelum berlepas ke Gaza di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, malam tadi. - UTUSAN/NOOR ASREKUZAIREY SALIM

SEPANG, RABU, 05 Disember, 2012: Pasukan sukarelawan Islamic Relief Malaysia (IRM) malam ini berlepas ke Palestin bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.

Pengarah Negaranya merangkap Ketua Misi, Ir. Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, pihaknya tidak membawa banyak peralatan kerana misi kali ini lebih kepada lawatan sosial untuk memberi sokongan moral kepada mangsa.

Beliau berkata, semua sumbangan yang disampaikan rakyat negara ini telah selamat sampai ke wilayah bergolak itu dan diuruskan kira-kira 100 pekerja IRM di sana. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment