My Add

Wednesday 5 December 2012

Iskandar Malaysia perlu jadi contoh

JOHOR BAHRU, SELASA, 04 Disember, 2012: Transformasi ekonomi besar-besaran yang dinikmati Johor terutama di kawasan Iskandar Malaysia sejak enam tahun lalu seharusnya menjadi contoh kepada negara-negara kecil untuk membangunkan ekonomi mereka.

Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), Tun Musa Hitam berkata, kemajuan ke arah yang betul itu mewujudkan prospek ekonomi yang baik dan memperlihatkan kemasukan pelabur dalam dan luar negara ke wilayah pembangunan tersebut.

"Johor hari ini menyaksikan transformasi sosio-ekonomi dengan pelancaran Iskandar Malaysia yang sudahpun menarik banyak pelaburan dalam pendidikan, pelancongan, penjagaan kesihatan, pembuatan serta infrastruktur dan pembangunan hartanah.

"Dengan WIEF secara berterusan mengiktiraf keperluan negara-negara kecil, kami berharap Iskandar Malaysia dapat menjadi model berguna kepada mereka untuk melonjakkan pembangunan sosio-ekonomi masing-masing," katanya dalam ucapan alu-aluan pada Persidangan WIEF Kelapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (Persada), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment