My Add

Wednesday 12 December 2012

Ismail Haniyeh mahu jumpa Najib

GAZA, SELASA, 11 Disember, 2012: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menyatakan hasratnya untuk bersolat dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, sokongan dan doa rakyat Malaysia kepada Palestin diharap akan terus mengukuhkan hubungan dan ikatan kedua-dua negara.

Ismail yang juga pemimpin Hamas berkata, hubungan akrab dengan Malaysia itu dapat diterjemahkan dalam pertemuan sempena menyambut Hari Hamas ke-25 baru-baru ini apabila bendera Malaysia berkibar megah.

Sebelum itu, beliau menerima kunjungan sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia di kediamannya di Al Shouterd di sini.

Menurut Ismail, beliau menghubungi Perdana Menteri dan menjemput pemimpin yang kuat menyokongnya itu berkunjung ke Gaza.

"Kemungkinan beliau akan mengadakan lawatan ke Palestin pada Januari nanti," katanya yang membayangkan pertemuan mereka akan berlangsung di Masjid al-Aqsa.

Jelas Ismail, sebagai ketua negara, beliau berterima kasih atas pengorbanan dan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh pemimpin negara dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Pada majlis itu, Abdul Azeez turut menyampaikan pesanan dan menghadiahkan sebilah keris sumbangan Perdana Menteri.

Sebelum mengakhiri majlis tersebut, Ismail sempat berdoa dan diaminkan oleh semua hadirin termasuk sukarelawan KP1M - U TUSAN

No comments:

Post a Comment