My Add

Monday 24 December 2012

Isteri kepada militan Malaysia didakwa

MANILA, AHAD, 23 Disember, 2012: Polis Filipina telah memfailkan pendakwaan terhadap isteri kepada seorang anggota militan dari Malaysia, Mohd. Noor Fikrie Abd. Kahar yang mati ditembak di Davao, selatan negara ini pertengahan bulan lalu, dipercayai ketika cuba merancang serangan bom.

Pegawai polis, Supritendan de la Rosa berkata, pihaknya telah memfailkan pertuduhan ke atas Anabelle Nieva Lee di pejabat pendakwa raya minggu lepas.

Anabelle didakwa membantu membawa sebuah beg galas berisi bom mortar 60mm milik suaminya, yang mahu diletupkan pada 14 Disember lalu di sebuah lapangan terbang yang sibuk di Davao.

Pendakwa raya juga bakal menetapkan sama ada akan membuat pertuduhan jenayah.

Mohd. Noor Fikrie, 26, ditembak mati anggota polis Filipina sebelum dia sempat meletupkan bom berkenaan.

Jenazahnya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Benut, Pontian, Johor, pada 20 Disember lalu.

Isterinya, seorang rakyat Filipina yang ditangkap sejurus kejadian, sehingga kini masih ditahan untuk soal siasat.

Polis mula menjejak pasangan tersebut selepas menerima maklumat menyatakan anggota militan merancang satu komplot serangan bom di Davao dan beberapa bandar lain. - Agensi

No comments:

Post a Comment