My Add

Friday 7 December 2012

Isu Talam: Sikap membisu Menteri Besar Selangor cetus banyak persoalan

IPOH, KHAMIS, 06 Disember, 201: Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mengesahkan pengumuman Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), mengenai baki hutang Talam Corporation Bhd. (Talam), kurang RM121 juta daripada hutang asal RM236 juta menimbulkan banyak persoalan.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, Abdul Khalid sepatutnya memberikan penjelasan berhubung isu hutang itu termasuk menjawab sama ada siasatan lanjut mengenainya masih berjalan.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Abdul Khalid seperti cuba mengelak daripada menjawab persoalan berkenaan apabila meminta beliau membuat laporan mengenai perkara tersebut kepada Suruhanjaya Sekuriti.

"Berdasarkan pengumuman itu, siasatan lanjut diteruskan. Ini juga menunjukkan Menteri Besar Selangor tidak sedar apa yang beliau sedang lakukan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment