My Add

Thursday 20 December 2012

Jenazah Mohd. Noor Fikrie selamat dikebumikan

PONTIAN, KHAMIS, 20 Disember,2012: Jenazah anggota kumpulan militan, Mohd. Noor Fikrie Abd. Kahar, 26, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Abdul Rahman, Benut, di sini hari ini.

Jenazah yang diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu tiba di perkarangan Masjid Jamek Temenggong Daeng Abdul Rahman, di sini kira-kira pukul 5.30 pagi menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWIP).

Menurut Utusan Malaysia, jenazah Mohd. Noor Fikrie tiba di KLIA dari Filipina kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Mohd. Noor Fikrie ditembak di Davao, Filipina ketika dia bersama isterinya, rakyat Filipina sedang mendaftar untuk keluar dari sebuah hotel dan dilaporkan cuba mengambil beg sandang dari isterinya yang mengandungi bom buatan sendiri.

Pihak polis cuba menahan pasangan terbabit namun suspek mengecam untuk meletopkan bom menggunakan telefon bimbitnya hingga menyebabkan pihak berkuasa melepaskan dua das tembakan kepada pasangan berkenaan.

Kementerian Dalam Negeri mengesahkan dia merupakan bekas anggota kumpulan militan Jemaah Islamiah.

Keluarga kesal Mohd. Noor Fikrie dilabel pengganas

Sementara itu keluarga Mohd Noor Fikrie terkilan kerana Allahyarham dilabelkan sebagai pengganas.

BERNAMA memetik adik mangsa, Mohd Noor Hafiz, 24, sebagao berkata mereka sekeluarga amat kesal dengan gelaran tersebut sedangkan pihak berkuasa Filipina hanya menggelar abangnya sebagai suspek.

"Walaupun dengan satu perkataan, namun ia sudah cukup mencemar dan menjatuhkan imej kami sekeluarga," katanya yang menyifatkan arwah sebagai seorang abang dan ayah yang baik, bertanggungjawab selain mudah tersenyum.

Beliau yang kelihatan hiba selepas pengkebumian abang sulungnya itu di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Parit Abdul Rahman di sini pagi ini berharap, arwah tidak lagi dilabelkan dengan panggilan itu.

Turut hadir pada majlis pengkebumian Allahyarham ialah bekas isteri Siti Sarah Raihana dan tiga anak iaitu Aina Sofia, 6, Aisyah Nadia, 5 dan Yati Izati, 4, serta ibu bapa Allahyarham.

Sementara itu, bapa Allahyarham Abd Kahar Sirun, 53, turut melahirkan perasaan sama dan mempersoalkan bukti yang dapat mengaitkan anaknya itu dengan kegiatan keganasan.

"Mana bukti dia pengganas, dia ada letupkan bangunan ke?, dia ada buat keganasan ke?," katanya.

No comments:

Post a Comment