My Add

Tuesday 11 December 2012

Jambatan ke-2 Pulau Pinang dibuka kepada orang ramai 8 September 2013

 *ABDUL Rahman Abbas (dua dari kanan) meninjau kerja-kerja pembinaan
Jambatan Kedua Pulau Pinang pada sesi lawatan rasmi di Batu Kawan,
Pulau Pinang, semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din

BATU KAWAN, ISNIN, 10 Disember, 2012: Jambatan Kedua Pulau Pinang dijangka bersambung sepenuhnya pada April tahun depan selepas kerja-kerja pembinaan rentang navigasi utama jambatan sepanjang 24 kilometer itu siap secara fizikalnya.

Pengarah Urusan syarikat pemegang konsesi Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), Datuk Ir Dr. Ismail Mohamed Taib berkata, kerja-kerja pelancaran gelang kekotak di rentang tuju sepanjang 15 kilometer kini sedang giat dijalankan dan dijangka siap penghujung Januari depan.

“Apabila siap pembinaan rentang navigasi utama itu nanti, jambatan itu akan siap secara fizikal dan akan bersambung antara Batu Kawan di Seberang Perai ke Batu Maung di Bayan Lepas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment