My Add

Wednesday 12 December 2012

Jambatan runtuh di Afrika Selatan, 14 maut

JOHANNESBURG, RABU, 12 Disember, 2012: Seramai 14 orang terbunuh selepas sebuah jambatan runtuh akibat hujan lebat di wilayah timur Afrika Selatan, Mpumalanga semalam.

Jurucakap hal ehwal keselamatan wilayah, Joseph Mabuza berkata, semasa kejadian itu, empat buah kenderaan yang dinaik kesemua 14 mangsa terhumban ke dalam air sungai selepas jambatan berkenaan runtuh.

Jelasnya, jambatan tersebut dibina menyeberangi sebatang sungai kering, namun banjir kilat yang tercetus ekoran hujan lebat telah memenuhi sungai itu, sekali gus menyebabkan jambatan terbabit runtuh. - REUTERS

Kes rasuah, Perdana Menteri Kepulauan Cayman ditahan

MIAMI 13 Dis. - Perdana Menteri Kepulauan Cayman, McKeeva Bush ditahan pihak polis di sini semalam selepas disyaki terlibat dalam kes rasuah dan mengimport bahan letupan tanpa permit.

Bush, 57, ditahan di rumahnya oleh Unit Jenayah Kewangan Perkhidmatan Polis Diraja Kepulauan Cayman selepas didakwa menggunakan wang kerajaan dan menyalahgunakan kuasa untuk mengimport bahan letupan tanpa permit sah. - AFP

No comments:

Post a Comment