My Add

Friday 21 December 2012

Jaminan bekalan keperluan musim perayaan mencukupi di Sarawak

KUCHING: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak memberi jaminan bekalan keperluan untuk pengguna di negeri itu pada musim perayaan Krismas ini mencukupi.

Pengarahnya, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, berkata ia berdasarkan jaminan yang diberikan pemborong dan pembekal barangan keperluan dalam pertemuan yang diadakan. "Hasil perjumpaan yang diadakan, mereka memberi jaminan bekalan makanan untuk keperluan musim perayaan Krismas ini dan sehingga perayaan Tahun Baru Cina

depan cukup," katanya pada sidang media selepas Majls Pelancaran Skim Kawalan
Harga Musim Perayaan Krismas 2012, Jualan Kembali ke Sekolah, dan Kempen
Penurunan Harga yang diadakan serentak di sebuah pasar raya, hari ini.

Mengulas skim kawalan harga, Wan Ahmad Uzir berkata, skim itu berkuat kuasa selama lima hari dari 23 hingga 27 Disember depan.

"KPDNKK Sarawak menetapkan harga maksimum borong dan runcit ini berdasarkan kepada maklumat hasil pemantauan harga di semua daerah, kawasan di Sarawak
bermula dari Januari hingga November lalu berdasarkan kepada pungutan harga yang
ditetapkan secara mingguan.

"Selain itu pandangan pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri
berkaitan termasuk Jabatan Pertanian, dan Bahagian Veterinar Sarawak, selain
perbincangan dengan pengimport, pengeluar, pembekal serta pemborong
barang tersebut," katanya.

Wan Ahmad Uzir turut mengingatkan peniaga yang didapati melanggar peraturan
boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau
kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

"Bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga
RM250,000.

"Peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barangan
terbabit dan jika gagal boleh didenda sehingga RM10,000 atau kompaun sehingga
RM5,000 bagi individu dan denda RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000 bagi
syarikat," katanya.

Antara barangan yang disenaraikan dalam skim kali ini ialah ayam hidup dengan harga maksimum RM6.70 sekilogram, ayam standard (RM8.50/kg), ayam super (RM9.80/kg), ayam belanda import (RM32/kg) dan daging kambing tempatan bertulang
(RM30/kg).

Barangan lain ialah daging kambing biri-biri import bertulang (RM21/kg), daging paha kambing biri-biri import bertulang (RM38/kg), telur ayam gred A (36 sen sebiji), B (35 sen) dan C (34 sen), tomato(RM6/kg) serta lada benggala hijau
(RM13/kg). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment