My Add

Saturday 8 December 2012

Jangan berpecah-belah - Sultan

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN

*SULTAN Sharafuddin Idris Shah (tengah) membaca surah yasin sempena majlis perasmian Masjid Al-Hidayah Taman Melawati dan Hari Keputeraan baginda Ke-67 sebelum menunaikan solat Jumaat di Hulu Kelang, dekat Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/ZAKARIA IDRIS

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 Disember, 201: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengulangi peringatan kepada umat Islam supaya tidak berpecah-belah disebabkan perbezaan pendapat dalam politik serta tidak sesekali menjadikan masjid sebagai gelanggang politik.

Baginda bertitah, Islam mengajar umatnya sentiasa bermuzakarah secara telus dan ikhlas dalam menangani perselisihan pendapat.

''Meskipun berlainan fahaman dan ideologi, tetapi apabila di masjid, eratkanlah persahabatan dan persefahaman agar generasi muda dan belia tertarik dan mencontohi sifat terpuji dan mulia,'' titah baginda semasa berucap merasmikan Masjid Al-Hidayah di Taman Melawati di sini hari ini, sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-67.- UTUSAN

No comments:

Post a Comment