My Add

Monday 10 December 2012

Jangan jadikan masjid medan perpecahan

IPOH, AHAD, 09 Disember, 2012: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kesal dengan kecenderungan pihak tertentu menjadikan masjid sebagai medan perpecahan dengan memburuk-burukkan sesama Islam sedangkan rumah Allah itu sepatutnya dijadikan tempat penyatuan ummah.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam termasuk ahli jawatankuasa masjid menjemput penceramah yang boleh memberikan ilmu agama dan bukannya memecahkan sesama mereka.

Malah Harussani berkata, beliau sendiri turut menjadi mangsa kutukan dan diberi pelbagai gelaran untuk memburuk-burukkannya.

"Saya juga sedih kerana masih ada lagi orang baca khutbah nama 'Haramsani'. Saya tidak peduli sebab itu menunjukkan kejahilan mereka. Orang baca khutbah dengan memburukkan orang lain, itu fasik namanya," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment