My Add

Tuesday 4 December 2012

Jangan mimpi keamanan, keharmonian

KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 Disember, 2012: Jika rakyat memilih pembangkang untuk mentadbir negara, jangan mimpi keamanan dan keharmonian akan wujud pada masa akan datang seperti yang dikecapi hari ini.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, rakyat akan terpaksa berdepan dengan keadaan huru-hara, pergaduhan antara kaum, kehidupan yang melarat dan beberapa lagi kemungkinan tidak diingini.

Selaku 'orang kuat' dalam beberapa siri demonstrasi jalanan terawal suatu ketika dahulu, Ramlan berkata, pembangkang hanya pandai memporak-perandakan negara dan langsung tiada kemampuan mentadbir negara.

"Apa yang kita nikmati ketika ini sudah baik, kenapa perlu ambil risiko menukar kerajaan?

"Apa yang diberitahu oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim adalah benar, malah saya sendiri pernah bersama-sama dengan mereka. Kami tahu dan faham apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment