My Add

Tuesday 11 December 2012

'Jangan pertikai nasihat sultan'

Oleh ABDUL YAZID ALIAS 

SHAH ALAM, ISNIN, 10 Disember, 212: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor mengingatkan semua pihak supaya tidak mempertikaikan nasihat dan saranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membabitkan isu-isu yang menyentuh hal ehwal negeri ini terutama mengenai agama Islam dan perpaduan orang Melayu.

Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya berkata, tindakan mempertikaikan nasihat Sultan Selangor bukan sahaja dilihat tidak menghormati kedudukan institusi beraja malah tidak membantu usaha mewujudkan keharmonian dalam kalangan rakyat di negeri ini.

"Jika kita fahami teguran Tuanku sebelum ini supaya masjid dan surau tidak dijadikan tempat berpolitik, perkara itu sebenarnya menunjukkan keprihatinan baginda yang sentiasa mahu umat Islam agar bersatu-padu dan bukannya berpecah-belah kerana perbezaan ideologi politik," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment