My Add

Monday 24 December 2012

Jelaskan kaitan Deepak dengan pelbagai isu 'skandal politik'

KUALA LUMPUR, AHAD, 23 Disember, 2012: Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan didesak membuat sidang akhbar khas sekali lagi bagi menjelaskan kaitannya dengan pelbagai isu terutama perkara-perkara yang berunsurkan 'skandal politik'.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, Deepak dalam sidang akhbar sebelum ini memberitahu beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik atau cenderung kepada individu politik tertentu sebaliknya hanya menumpukan kepada urusan perniagaan.

Walau bagaimanapun jelasnya, pendirian Deepak itu menimbulkan persoalan berikutan beliau didakwa banyak membuat kenyataan berbaur politik menerusi media-media propembangkang.

"Deepak sekarang sudah menjadi alat politik pihak tertentu. Mungkin pendiriannya untuk tidak mahu terlibat dalam politik adalah propaganda sahaja, mungkin hari ini beliau mengambil sikap berkecuali hanya kerana terjerat dengan hutang-piutangnya.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment