My Add

Monday 24 December 2012

Jenayah senjata api masih terkawal

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB

KUANTAN, AHAD, 23 Disember, 2012:- Jenayah membabitkan senjata api yang semakin kerap dilaporkan media sejak kebelakangan ini tidak bermakna kes tersebut kini berada pada tahap yang sukar dibendung.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebaliknya berkata, kes-kes jenayah bersenjata api adalah terpencil dan rakyat tidak perlu bimbang kerana jenayah itu sentiasa ditangani pihak polis.

“Saya selalu perhatikan perkara ini dan kita mempunyai pegawai serta anggota polis yang cukup dan cekap bagi membanteras kes-kes jenayah ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Cegah Jenayah, Penganugerahan Pangkat Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persidangan Tahunan Sukarelawan Simpanan Polis SeMalaysia di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye dan Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani. - U.TUSAN

No comments:

Post a Comment