My Add

Saturday 15 December 2012

JMM minta SKMM tak pilih bulu

Oleh ROZIANAH RISMAN

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 DisAAember, 2012: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta tidak memilih bulu atau mengambil tindakan dalam isu-isu terpilih sahaja.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, perkara itu dapat dilihat dalam tindakan SKMM ketika ini yang bertegas terhadap syarikat telekomunikasi berhubung masalah talian telefon mudah alih tiba-tiba terputus atau dropped calls.

"Nampaknya dalam isu-isu komersial, SKMM mampu tunjuk garang dengan memberi kata dua.

"Tetapi apabila berdepan dengan isu politik dan salah laku portal propembangkang, Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi dan Ketua Pegawai Pembangunan Industri dan Sumber Perancangan SKMM, Datuk Ali Hanafiah terus menjadi seperti tikus," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment