My Add

Thursday 20 December 2012

Jual tanah kaut untung segera?

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
 
 *MOHAMADFatmi Che Salleh (enam dari kanan) bersama sebahagian daripada 
penerima Skim Bantuan Sewa Rumah di Kota Bharu, semalam.

KOTA BHARU, RABU, 19 Disember, 2012: Ketika masih ramai rakyat miskin di Kota Bharu belum memiliki rumah, kerajaan Pas Kelantan pula didakwa mengaut keuntungan segera apabila menjual beberapa kawasan tanah kerajaan di daerah itu untuk pembangunan kondominium yang harganya mencecah sekurang-kurangnya RM250,000 seunit.

Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh mendakwa, tanah yang telah dijual kepada pemaju swasta itu adalah di Kampung Limau Manis, Kampung Puteh di Jalan Kuala Krai, tapak Pasar Lama MPKB dan tapak Pasar Kubang Kerian.

Dakwa beliau, kesemua tanah itu telah dirancang bagi pembangunan kondominium yang bertentangan dengan hasrat rakyat Kota Bharu yang masih dahagakan ihsan kerajaan negeri untuk memiliki rumah mampu milik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment