My Add

Monday 24 December 2012

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat

DUNGUN, AHAD, 23 Disember, 2o12: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di daerah ini meningkat kepada 144 orang setakat pukul 6 petang ini selepas dua lagi kampung dilanda bencana itu hari ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir daerah berkata, dua kampung terbabit ialah Kampung Batu Riong dengan 20 mangsa daripada tujuh keluarga dan Kampung Tok Kah membabitkan 29 orang daripada empat keluarga.

Mereka dipindahkan pukul 12 tengah hari tadi, katanya.

Malam semalam, sebanyak 95 mangsa membabitkan 17 keluarga dari tiga buah kampung dipindahkan selepas kawasan rumah masing-masing mula dinaiki air sejak 9 malam.

Mereka membabitkan masing-masing tujuh keluarga dari Kampung Tanjung Pagar dan Kampung Pulau Serai serta tiga keluarga dari Kampung Seberang Pintasan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment