My Add

Tuesday 11 December 2012

Jururawat sambilan di Thailand dapat jawatan tetap selepas ugut berhenti

BANGKOK, SELASA, 11 Disember, 2012: Kerajaan Thailand bersetuju menyerap 22,641 jururawat sambilan yang bertugas dengan badan perubatan kerajaan selepas mereka mengancam untuk meletak jawatan sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi menjelang bulan depan.

Menteri Kesihatan Umum, Dr Prasit Sintawaranarong berkata, Kabinet hari ini bersetuju menaik taraf status mereka dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Langkah itu akan menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan tambahan 1.1 bilion Baht setahun, katanya kepada pemberita di sini.

Pada 16 Oktober beratus-ratus jururawat mengadakan tunjuk perasaan secara aman untuk membuat tuntutan itu di luar Rumah Kerajaan, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri.

Mereka mendakwa kementerian berkenaan tidak memenuhi janjinya untuk mengambil mereka bekerja secara tetap bagi melayakkan mereka menikmati pelbagai faedah, termasuk pencen.

Badan perubatan kerajaan Thailand mengalami kekurangan kira-kira 30,000 jururawat ketika ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment