My Add

Monday 10 December 2012

Jurutera dibunuh

Oleh NORAZRIN MARZUKI
KUALA LUMPUR, AHAD, 09 Disember, 2012: Mayat seorang jurutera komputer lelaki yang berlumuran darah dipercayai mangsa bunuh ditemui terbaring di atas katil di rumahnya di Taman Putra Perdana, Sepang, dekat sini semalam.

Mayat mangsa berusia 36 tahun dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai akibat dihentak dengan objek keras ditemui pada pukul 6 petang oleh ibunya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Supritendan Zaldino Zaludin berkata, ibu mangsa yang mengesyaki sesuatu yang buruk setelah seharian gagal menghubungi anaknya telah mencari mangsa di rumah berkenaan.

"Setiba di rumah tersebut, wanita terbabit terkejut mendapati anaknya dalam keadaan berlumuran darah dan sudah meninggal dunia.

"Mangsa yang bekerja di Cyberjaya dipercayai disamun dan dibunuh berikutan sebuah kereta Toyota Vios milik mangsa nombor pendaftaran BKG 2570 telah hilang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment