My Add

Friday 7 December 2012

KADS1M mampu jana pulangan lumayan - Mukhriz

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Syarikat-syarikat tempatan dipelawa menyertai program Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) kerana langkah itu mampu menjana pulangan lumayan.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata, usahawan tempatan perlu mengambil peluang tersebut memandangkan terdapat kira-kira 1.5 juta mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.

Sehingga 30 November lalu katanya, sebanyak 313 buah syarikat menyertai program tersebut yang menawarkan diskaun satu hingga 60 peratus bagi pembelian barangan serta perkhidmatan terpilih yang ditawarkan.

"Pasaran yang luas ini sudah tentu akan dapat membantu syarikat-syarikat terlibat untuk memperkembangkan perniagaan sedia ada mereka," ujarnya. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment