My Add

Thursday 13 December 2012

Kajian semula SPM bantu hasil tenaga kerja mahir - Khairy

REMBAU, RABU, 12 Disember, 2012: Inisiatif kerajaan untuk mengkaji semula Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mampu mengimbangi penghasilan modal insan, sekali gus dapat memacu pembangunan tenaga kerja dalam bidang kemahiran.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, usaha itu selari dengan hasrat kerajaan ke arah melahirkan tenaga kerja profesional bukan sahaja dalam kalangan individu berlatarbelakangkan akademik, malah melibatkan bidang kemahiran dan teknikal.

“Kita tidak mahu lepasan SPM menjadikan peperiksaan itu sebagai penanda aras masa depan mereka kerana jika gagal mencapai keputusan cemerlang, bermakna mereka tidak boleh berjaya dalam kehidupan.

“Kita mahu mengikis persepsi ini terutama dalam kalangan masyarakat kerana lepasan SPM yang tidak cemerlang dalam akademik masih mempunyai peluang untuk menceburi bidang kemahiran teknikal dan vokasional yang turut mempunyai pasaran kerja yang luas," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment