My Add

Friday 7 December 2012

Kanabis: Bekas pemandu peribadi dipenjara 11 tahun

SHAH ALAM, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Seorang bekas pemandu peribadi dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi hari ini kerana memiliki kanabis seberat 383.12 gram pada Disember tahun lepas.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd. Noor Ahmad, 46, mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di No: 274A, Jalan Hulu Kelang, Batu 7 1/2 Ampang dekat sini pada 3.30 petang, 21 Dis tahun lepas.

Terdahulu, peguam Salim Bashir yang mewakili Mohd Noor memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya yang menghidap sakit kencing manis kronik telah insaf atas perbuatannya.

Beliau berkata, tertuduh melakukan kesalahan itu kerana terpengaruh dengan rakan-rakannya yang terlibat dalam penagihan dan pengedaran dadah.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment