My Add

Tuesday 11 December 2012

Kanabis: Pelajar Iran dihukum penjara 6 tahun

SHAH ALAM, ISNIN, 10 Dissember, 2012: Seorang pelajar warga Iran terselamat daripada hukuman di tali gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini sekadar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan sebatan 13 kali terhadapnya kerana memiliki dadah jenis kanabis seberat 244.09 gram pada tahun lalu.

Hassan Aghihi, 23, diperintah menjalani hukuman tersebut oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli setelah tertuduh hari ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan alternatif.

Lelaki itu mengaku bersalah memiliki 207.14 gram dadah berkenaan di bangunan Domain New Cyber, Jalan Besar Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, Sepang, kira-kira pukul 11.15 malam, 4 Mac 2011.

Dia dihukum penjara enam tahun dan sebatan 10 kali mengikut Seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment