My Add

Saturday 15 December 2012

Karpal akan senasib saya - Tunku Aziz

KUALA LUMPUR, jumaat, 14 DisEMBER, 2012: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim percaya Karpal Singh masih lagi relevan dalam kepimpinan DAP dalam membuktikan parti itu parti berbilang kaum meskipun pada hakikatnya beliau hanyalah sekadar 'boneka'.

Tunku Abdul Aziz berkata, Pengerusi DAP itu akan senasib dengannya kerana walaupun pernah menjawat jawatan tertinggi dalam DAP Pusat namun tidak pernah diberikan sebarang kuasa untuk membuat keputusan apatah lagi bersuara.

"Karpal masih penting buat DAP, sekurang-kurangnya sehingga niat mendapatkan Putrajaya tercapai. Jika beliau disingkirkan daripada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) kali ini juga, ramai akan bangkit membantah.

"Namun, Karpal hanya sekadar 'perhiasan' dalam pucuk pimpinan tertinggi DAP, sama seperti saya. Nama saya sering disebut dalam setiap ceramah dan mesyuarat kononnya DAP diterajui pemimpin Melayu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment