My Add

Friday 7 December 2012

Kastam mahu tambah mesin pengimbas

SEREMBAN, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Jabatan Kastam Diraja Malaysia mahu menambah bilangan mesin pengimbas di semua pintu masuk ke negara ini termasuk menggantikan mesin lama, dalam usaha mengekang penyeludupan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, langkah itu juga bagi memastikan pegawai kastam dapat meningkatkan kecekapan menerusi penggunaan peralatan berteknologi canggih.

"Kita melakukan penambahbaikan ini dari semasa ke semasa untuk memastikan pegawai kita bekerja dalam situasi yang positif dan pada masa sama mereka menggunakan kelengkapan yang bersesuaian dengan kehendak pentadbiran kastam," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment