My Add

Monday 24 December 2012

KDNK Malaysia dijangka berkembang 5-5.5 peratus tahun depan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 Disember, 2012: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai yakin pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia akan mencecah lima hingga 5.5 peratus tahun depan.

Beliau berkata, pertumbuhan itu akan dipacu oleh permintaan domestik, serta lebih banyak aliran masuk pendapatan daripada sektor pembinaan, pelancongan dan perkhidmatan.

"Mengenai defisit fiskal, kami menjangka ia berkurangan kepada empat peratus ke bawah, daripada 4.7 peratus sekarang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyampaian cek replika daripada Quill Capita Management kepada Yayasan MyKasih, hari ini.

Kerajaan menyasar mengurangkan defisit fiskal negara kepada tiga peratus menjelang 2015. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment