My Add

Tuesday 18 December 2012

Kebakaran kilang pakaian Bangladesh akibat sabotaj

DHAKA, SELASA18 Disember, 2012: Tragedi kebakaran yang mengorbankan 120 pekerja kilang membuat pakaian di Bangladesh bulan lalu disahkan berpunca akibat sabotaj.

Ketua pasukan inkuiri kes itu, Main Uddin Khandaker berkata, pada masa sama, tindakan pengurus kilang menghalang pekerja menyelamatkan diri turut menjadi punca nahas.

``Kami mendapati kebakaran yang memusnahkan kilang Tazreen Fashion di Ashulia merupakan perbuatan sabotaj,’’ katanya selepas menghantar laporan berhubung tragedi itu kepada kerajaan.

Dalam kejadian pada 25 November itu, kilang pakaian setinggi sembilan tingkat tersebut musnah, setelah api marak dipercayai dari bahagian bawah.

Ekoran kejadian itu, polis Bangladesh menahan tiga pengurus kilang berkenaan selepas didakwa menghalang pekerja-pekerja kilang meninggalkan premis ketika siren kebakaran berbunyi, dengan menyatakan bunyi siren itu cuma latihan kebakaran.

Khandaker dalam pada itu menolak kemungkinan kebakaran tersebut berpunca akibat litar pintas dan sebab-sebab lain.

Beliau bagaimanapun tidak memberi sebarang butiran pihak yang melakukan sabotaj itu dan mengapa ia dilakukan.

Tambahnya, pasukan inkuiri pada masa sama akan mencadangkan pemilik kilang pakaian itu dibicarakan atas tuduhan membunuh kerana cuai. - AFP

No comments:

Post a Comment