My Add

Tuesday 18 December 2012

Kedah dikategorikan sebagai sangat berisiko

 *LONGGOKAN sisa balak yang dibawa arus deras semasa banjir lumpur di
 Sik ini bukti jelas bahaya pembalakan secara berleluasa.

ALOR SETAR, ISNIN,17 Disember, 2012: Ancaman bencana alam khususnya banjir lumpur dalam skala besar jika kerakusan pembalakan, perlombongan dan korek pasir tidak dihenti dengan segera diakui Pusat Penyelidikan Forensik Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Malah tanpa berselindung, Ketua Unit Permodelan Alam Sekitarnya, Dr. Hafizan Juahir menyifatkan Kedah berada dalam keadaan sangat berisiko untuk dilanda banjir lumpur dalam skala besar kerana kawasan tadahan air yang digondol untuk pembalakan sangat luas.

Beliau yang pernah mengkaji kesan aktiviti tebus guna tanah di Sungai Muda sehingga 2010 dan kini menyelia kajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di sungai sama berkata, kemampuan semula jadi sungai-sungai utama di Kedah kini berada pada tahap rendah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment