My Add

Saturday 8 December 2012

Kejar penjenayah 10 kilometer

 Hanafiah
 AMPANG, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Seorang anggota trafik yang menunggang motosikal sanggup menggadai nyawa mengejar lima penjenayah yang menaiki kereta sejauh 10 kilometer sebelum berjaya menahan mereka.

Kejadian berlaku di Water Front Ampang di sini, kelmarin, ketika Koperal Hanafiah Tharim, 36, dan 10 anggota lain mengadakan sekatan jalan, bermula jam 10.30 pagi.

Bagaimanapun, kira-kira sejam kemudian sebuah kereta Mercedes Benz merempuh sekatan itu dan melarikan diri ke arah Taman Seraya. Tanpa berfikir panjang, Hanafiah terus menaiki motosikalnya dan mengejar mereka.

Semua lima penjenayah itu yang dikehendaki polis kerana pelbagai jenayah sejak empat tahun lalu cuba merempuh Hanafiah tiga kali untuk meloloskan diri menyebabkan beliau melepaskan dua das tembakan yang mengenai tayar kereta dan bahu pemandunya.

Akibatnya, kenderaan penjenayah terbabas dan merempuh pagar sebuah rumah. Hanafiah kemudian menahan mereka sebelum menghubungi rakan setugas untuk bantuan.

“Tidak terlintas dalam fikiran penjenayah ada senjata api dan akan menembak saya.
“Apabila tiba di Taman Seraya, suspek sudah terkepung di jalan mati dan saya turun dari motosikal untuk mendekati mereka. Namun, mereka cuba merempuh beberapa kali menyebabkan saya terpaksa melepaskan dua das tembakan,” kata anggota Cawangan Balai Polis Trafik Ampang itu ketika ditemui di sini, semalam.
Atas kesungguhannya, Hanafiah dan empat rakan setugas dianugerahkan sijil penghargaan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada majlis khas di Ibu Pejabat Polis Ampang, semalam. - BH

No comments:

Post a Comment