My Add

Thursday 6 December 2012

Kekecohan akibat penduduk tolak fitnah Anwar

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
 KUALA LUMPUR, RABU, 05 Disember, 2012: Kekecohan antara penyokong pembangkang dengan penyokong UMNO di Gombak dekat sini, malam tadi akibat bantahan penduduk setempat terhadap budaya politik fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, kehadiran Anwar untuk berceramah di kawasan berhadapan bilik gerakan Pemuda bahagian itu menyebabkan penduduk setempat serta ahli UMNO bangkit menyatakan bantahan secara aman.

Keadaan itu juga, katanya, menyebabkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berasa tertekan manakala para penyokong pembangkang yang hadir pula berang.

Menceritakan peristiwa tersebut, katanya, Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu pada malam tadi juga secara kebetulan mengadakan program taklimat jentera pilihan raya diketuai beliau sendiri di bilik gerakan tersebut yang terletak di seberang jalan lokasi ceramah Anwar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment