My Add

Sunday 16 December 2012

Kekerasan: Kerajaan Myanmar mohon maaf

YANGON, AHAD, 16 Disember, 2012: Kerajaan Myanmar semalam secara rasmi memohon maaf terhadap sami Budha dan penduduk kampung Mandalay di negara ini ekoran kejadian kekerasan dalam satu rusuhan di sebuah lomong tembaga di sini baru-baru ini.

Pejabat Menteri Presiden Hla Tun mengetuai pegawai yang lain meminta maaf terhadap sami dan penduduk kampung Mandalay yang cedera dalam kejadian tersebut.

Pada 29 November lalu, pasukan keselamatan terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk meleraikan tunjuk perasaan di sebuah lombong tembaga di barat laut negara ini, mengakibatkan 100 orang penduduk kampung dan sami Buddha cedera.- AGENSI

No comments:

Post a Comment