My Add

Friday 14 December 2012

Kelangsungan negara bergantung kepada budaya integriti - Raja Nazrin

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, kelangsungan sesebuah kerajaan tidak mungkin dapat dipertahankan tanpa wujudnya budaya integriti yang tinggi.

Titah baginda, perkara itu memandangkan gejala rasuah serta salah guna kuasa tidak sekadar menggambarkan perbuatan seseorang individu tetapi turut melambangkan kelemahan sesebuah kerajaan.

Sambil menyifatkan usaha memerangi rasuah sebagai agenda nasional, Raja Nazrin turut mendedahkan kepelbagaian perbuatan menghakis integriti antaranya dalam bentuk gelaran, wang ringgit, wanita cantik, kondominium mewah sehinggalah kepada pakej percutian.

"Lebih membimbangkan termasuklah pakej-pakej bertopengkan ibadat, bertopengkan agama daripada keraian berbuka puasa di hotel lima bintang sehingga tajaan melakukan umrah dan mengerjakan haji. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment