My Add

Monday 10 December 2012

Kelar leher: Suami isteri masih trauma

Oleh ZAAIN ZIN

KUCHING, AHAD, 09 Disember, 2012: Pasangan suami isteri pemilik Restoran El-Sadiq, Jalan Rubber yang nyaris maut akibat dikelar bekas pekerja mereka awal pagi kelmarin mengakui masih trauma dan sukar melelapkan mata selagi suspek tidak diberkas.

Menurut Marina Julai, 42, dia masih terbayang detik hitam tersebut sehingga kini yang hampir meragut nyawa dia dan suami.

Malah, katanya, suara suspek yang mengherdik mereka masih terngiang-ngiang di telinga sehingga dia terpaksa menelan pil untuk membantunya tidur.

"Saya masih tidak berani untuk keluar rumah. Selagi suspek gagal diberkas polis, hidup kami sekeluarga sentiasa berada dalam ketakutan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumah keluarganya, di sini hari ini.

Dalam kejadian 4 pagi kelmarin, Marina dan suaminya, seorang warga Sudan, Saad El-Sir El-Sadiq, 29, dikelar manakala kepala mereka ditetak dengan pisau pemotong daging oleh seorang bekas pekerja yang tidak berpuas hati kerana dipecat minggu lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment