My Add

Wednesday 5 December 2012

Keluarga Aminulrasyid kecewa dan sedih

SHAH ALAM, RABU,:05 Disember, 2012: Keluarga Aminulrasyid menzahirkan perasaan kecewa dan sedih apabila Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan Koperal Jenain Subi yang menyebabkan kematian anaknya tahun lalu.

Ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad berkata, beliau bersyukur kerana selama ini keluarganya diberi ruang untuk menuntut hak pengadilan namun kecewa dengan keputusan hakim.

"Inikah keadilan untuk Aminulrasyid? Di mana keadilan untuk anak saya? Jika ini keadilannya, sy ucapkan jutaan terima kasih kepada sistem kehakiman yang mengadili kes Aminulrasyid kerana sudah memberikan keadilan paling telus," katanya kepada BH Online ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, sebentar tadi.


Sementara itu, kakak Aminulrasyid, Aisyah Amzah berkata, beliau mewakili seluruh keluarganya sudah memaafkan Jenain namun mahu anggota polis itu datang ke rumah mereka dan meminta maaf di atas kejadian yang berlaku.

"Jika beliau katakan tembakan itu bukan niat untuk membunuh adik saya, datang ke rumah kami dan kami mahu tahu cerita di sebelah pihaknya pula," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment