My Add

Friday 21 December 2012

Keluarga kerugian RM400,000 rumah, tiga kenderaan terbakar

JITRA, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Sebuah keluarga kerugian kira-kira RM400,000 selepas rumah kayu dan tiga kenderaan mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Aman, Jalan Sungai Korok, di sini semalam.

Kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu memusnahkan dua kereta, iaitu Nissan Grand Livina dan Proton Iswara serta sebuah motosikal.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana rumah tidak berpenghuni ketika kejadian itu berlaku.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jitra, Mohammad Darus, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.58 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jitra dan Alor Setar dengan kekuatan 13 anggota berjaya memadamkan kebakaran jam 8.25 malam.
Mohammad berkata, punca kebakaran masih disiasat.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment