My Add

Thursday 20 December 2012

Kem pelarian Palestin di Damsyik diserang

DAMSYIK, RABU, 19 Disember, 2012: Pemberontak Syria hari ini dilaporkan berjaya menangkis serangan askar kerajaan di sebuah khemah pelarian Palestin di Yarmuk, selatan Damsyik.

Bagaimanapun, pertempuran itu memaksa beribu-ribu pelarian Palestin melarikan diri selepas askar kerajaan meneruskan serangan.

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) berkata, sekurang-kurangnya separuh daripada 112,000 pelarian Palestin sudah meninggalkan khemah berkenaan seluas 2.1 kilometer persegi.

Pelarian berkenaan kini berada berdekatan sempadan Lubnan, kata wartawan asing.

Pertempuran menggegarkan kawasan itu semalaman selepas pemberontak yang dibantu sekumpulan kecil pejuang Palestin cuba mengusir puak yang menyokong kerajaan dari tempat itu.

Seorang penduduk melihat beratus-ratus pemberontak Tentera Syria Merdeka (FSA) di khemah berkenaan tetapi askar kerajaan tidak kelihatan langsung. - AFP

No comments:

Post a Comment