My Add

Tuesday 25 December 2012

Kementerian diminta bertegas

Oleh HAFIZHAN RAHMAT

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 Disember, 2012: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan disaran mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan nama 1Malaysia untuk melariskan produk atau skim masing-masing tanpa kebenaran.

Presiden Dewan Ekonomi Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd. Fazil Abdullah berkata, tindakan tegas itu bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab tersebut terus mengambil kesempatan menipu orang ramai untuk mengaut keuntungan.

Ujarnya, 1Malaysia bukan sahaja menjadi simbol perpaduan malah mempunyai aura tersendiri untuk menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat yang seringkali beranggapan produk, skim, program dan aktiviti yang menggunakan jenama itu mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment