My Add

Sunday 16 December 2012

Kerajaan diminta selesai isu caruman pekerja di India

HYDERABAD, SABTU, 15 Disember, 2012: Kerajaan Malaysia diminta melaksanakan Perjanjian Keselamatan Sosial dengan India bagi membolehkan lebih 2,000 pekerja tempatan mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Pekerja (PF) apabila keluar dari negara tersebut.

Permintaan itu dibuat ekoran peraturan kerajaan India yang membekukan pengeluaran caruman kepada pekerja asing termasuk Malaysia sehingga umur mereka mencapai 58 tahun.

Peraturan itu menimbulkan rasa tidak puas hati kerana PF tidak akan memberi sebarang dividen kepada pencarum yang tidak aktif lebih tiga tahun.

PF yang merupakan organisasi seumpama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di Malaysia menawarkan dividen minimum sebanyak sembilan peratus kepada para pencarum.

Ketua Pegawai Eksekutif UE Development India Private Ltd., Gan Chong Shyan berkata, peraturan itu sangat tidak adil kepada pekerja asing sedangkan pekerja India boleh membuat pengeluaran wang caruman setiap kali bertukar tempat kerja. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment