My Add

Saturday 22 December 2012

Kerajaan lupus hutang RM133j peneroka Kesedar

KOTA BHARU, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Kerajaan Pusat telah melupuskan hutang tertunggak bernilai RM133 juta milik kira-kira 6,000 peneroka dan pekebun kecil di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bagi meringankan beban golongan itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, hutang tersebut telah tertunggak sejak 1978 dan kesemua peneroka itu menghadapi kesukaran menjelaskannya.

"Semua hutang itu membabitkan peneroka dan pekebun kecil di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT), Rancangan Pembangunan Tanah (RPT) dan Kampung Tradisional.

"Kementerian menyedari hutang ini telah tertunggak dan menjadi banyak, jadi pendapatan golongan tersebut semakin berkurangan. Maka kita buat keputusan untuk melupuskannya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Cakna Pemimpin Bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment