My Add

Friday 7 December 2012

Kerajaan P. Pinang batal jual tanah Taman Manggis

Oleh ZAKI SALLEH



*KERAJAAN DAP Pulau Pinang akhirnya memutuskan tidak akan menjual kawasan tanah di Taman Manggis, George Town kepada BN.


GEORGE TOWN, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mungkin terpaksa melupakan hasrat membantu rakyat dengan membina Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Taman Manggis di sini apabila kerajaan DAP negeri memutuskan untuk membatalkan tawaran menjual tanah tersebut.

Perkara itu dimuktamadkan dalam mesyuarat Exco Pulau Pinang semalam sekali gus menolak tawaran daripada Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow untuk membeli tanah seluas 0.45 hektar itu pada harga RM22,407,300 kerana didakwa gagal mematuhi empat faktor utama.

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan di sini mendakwa BN Pulau Pinang tidak ikhlas untuk membina rumah mampu milik ekoran kenyataan yang bercanggah daripada pemajunya, Taman Manggis Fasa 2 Development yang inginkan rumah berharga RM400,000 seunit.

Menurut kenyataan itu, Chang Yeow juga didakwa gagal menukar pengarah dan pemegang saham syarikat itu dengan namanya dan pemimpin-pemimpin BN Pulau Pinang seperti yang dipersetujui bahawa BN negeri yang akan membeli tanah tersebut.

“Dia juga gagal menyemak semula modal berbayar syarikat pemaju perumahan kepada nilai yang ditentukan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu tiga peratus kepada Nilai Pembangunan Kasar (GDV).

“Akhir sekali ialah kegagalan BN Pulau Pinang untuk membayar baki 99 peratus atau RM22,183,227 pada 5 Disember 2012, walaupun tempoh lanjutan sebulan sudah diberi,” ujar kenyataan tersebut yang dihantar menerusi e-mel.  Kosmo

No comments:

Post a Comment