My Add

Sunday 16 December 2012

Kerajaan Selangor kaji semula kenaikan cukai pintu

SHAH ALAM, AHAD, 16 Disember, 2012: Kerajaan Selangor akan mengkaji semula kenaikan kadar cukai pintu terhadap penduduk Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Baru Subang, yang didakwa membebankan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pihaknya akan
berbincang dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berhubung perkara itu sebelum sebarang tindakan susulan diambil.

"Namun, kita akan berbincang dengan MBSA dalam waktu terdekat bagi meneliti
perkara ini... perkara yang difikirkan perlu dibuat, kita akan laksanakan supaya
kadar itu dilihat tidak membebankan," katanya selepas menghadiri majlis untuk golongan belia di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya perlu membuat penilaian berdasarkan
prosedur mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976.
"Langkah itu perlu supaya ia juga tidak memberi masalah kepada MBSA dalam
memberi penilaian semula terhadap cukai berkenaan," katanya.

Semalam, Pengerusi MCA Bahagian Subang, Lee Wei Kiat berkata, kenaikan kadar cukai sehingga 10 kali ganda terhadap penduduk di dua kawasan itu adalah
keterlaluan dan meminta ia ditarik balik.

Lee berkata, rata-rata penduduk turut mempersoal rasional di sebalik kenaikan itu sedangkan perkhidmatan yang disediakan pihak berkuasa tempatan (PBT) didakwa tidak memuaskan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment