My Add

Monday 17 December 2012

Kerajaan tiada cadangan tubuh dana pusingan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 17 Disember, 2012: Kerajaan tidak bercadang mewujudkan dana pusingan bagi membantu belia dan usahawan yang disenarai hitam, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim berkata, kerajaan melalui Bank Negara melaksanakan beberapa langkah dan prosedur awal untuk membantu belia dan usahawan mengatasi masalah itu.

Beliau berkata, individu yang menghadapi masalah membayar balik pembiayaan disebabkan kesulitan aliran tunai dinasihat berbincang dengan institusi kewangan terbabit bagi menyusun atau menjadual semula pembiayaan mereka.

"Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ditubuhkan Bank Negara pada 2006 untuk menyediakan khidmat kaunseling dan bantuan kepada pengguna dalam penjadualan semula pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, sewa beli dan kad kredit.

"Selain itu, Skim Penyelesaian Kecil (SDRS) ditubuhkan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghadapi masalah pinjaman tak berbayar (NPL) dengan institusi kewangan," katanya menjawab soalan Senator S.Bagiam dalam sidang Dewan Negara hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment