My Add

Sunday 16 December 2012

Kerajaan tidak pilih kasih beri bantuan

BERA, AHAD, 16 Disember, 2012: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah pilih kasih atau mempersoalkan ideologi politik seseorang dalam memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua bentuk bantuan kepada rakyat selama ini adalah tanggungjawab kerajaan terhadap mereka yang memerlukan.

"Bantuan yang diterima rakyat di negara ini tidak terdapat di negara lain, kerajaan BN memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat yang layak termasuk bantuan persekolahan, bantuan Hari Raya dan sebagainya," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 dan Penyampaian bantuan Persekolahan kepada 2,000 pelajar kawasan Parlimen Bera di sini hari ini, beliau berkata, segala bantuan itu menunjukkan kerajaan BN berjaya mentadbir urus negara dengan baik.

"Bantuan yang diberikan itu adalah bagi mengatasi bebanan hidup," katanya.  - UTUSAN

No comments:

Post a Comment