My Add

Wednesday 12 December 2012

Kereta terbabas, dua warga Pakistan maut

PUTRAJAYA, SELASA, 11 Disember, 2012: Dua lelaki warga Pakistan maut dalam kemalangan jalan raya di Persiaran Barat menghala ke Lebuh raya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), di sini hari ini.

Seorang daripada mangsa yang hanya dikenali sebagai Barakat, 40, maut di tempat kejadian manakala rakannya yang identiti belum dikenal pasti meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Punca kejadian dipercayai akibat kegagalan mengawal kenderaan menyebabkan kereta dinaiki mangsa terbabas sebelum melanggar tiang lampu berhampiran jalan tersebut.

Sementara menunggu proses bedah siasat, jenazah kedua-dua mangsa ditempatkan di bilik mayat Hospital Putrajaya.

Jurucakap Polis Daerah Putrajaya berkata polis akan menghubungi waris atau kenalan terdekat untuk urusan pengebumian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment